Saturday 24 December 2011

Pokok Tindot / Gaharu

Pokok Tindot ditanam bersama tanaman lain iaitu nanas dan pisang






Pokok Tidot berumur 4 tahun setengah yang sedang berbunga
 
Lain orang lain hobi. Ada yang memancing, membaca , fotografi, bermain badminton atau golf.
Hobi saya pula menanam pokok tindot ataupun lebih dikenali dengan nama pokok gaharu. Tindot merupakan sejenis pokok yang dipanggil juga sebagai pokok karas. Tindot merupakan nama panggilan dalam bahasa Dusun. Nama saintifiknya pula ialah aquilaira malaccensis yang banyak terdapat di hutan Borneo kini sudah hampir pupus akibat pencari pokok gaharu haram, pembalakan dan penerokaan hutan untuk pertanian.

Jika tiada usaha untuk menanamnya, maka dalam beberapa tahun pupuslah pokok yang berharga ini. 
Berhubung dengan hobi saya adalah berkaitan dengan usaha untuk menyelamatkan spesis pokok ini daripada pupus begitu sahaja. Selain itu, saya menanam pokok tindot adalah untuk mengisi masa lapang, mengurangkan tekanan, menjadikannya sebagai pokok hiasan. Apabila pokok ini berusia 3 tahun, ia boleh diinnoklasi dan mendatangkan pendapatan sampingan. Ini juga menyahut seruan Kempen Alam Sekitar dan Bumi Hijau.


Pokok tindot yang berumur 4 tahun



Pokok-pokok tindot yang sedang membesar


Pokok gaharu yang berumur 6 bulan
Pokok gaharu yang mempunyai bentuk yang agak aneh


Pokok tindot yang berumur 4 tahun sudah boleh disuntik


Bekas suntikan yang boleh dilihat

ditanam bersama-sama dengan pokok bunga sebagai hiasan

Kawasan rumah yang dihiasi dengan pokok bunga serta pokok tindot


Pandangan lain


 


Pokok Tindot yang diinuklasi

Pokok Tindot sedang dinuklasi